Rabu, 3 Jun 2015

Nak bagi makan ke nak membunuh ni?

Salam Nisfu Syaaban...
'Ni nak bagi makan ke, nak membunuh??' antara tagline abahanda tercinta. Abah memang pedas dlm berkata, tapi kata2nya bertempat. Kisahnya bila bonda tercinta tersilap masak pedas sikit, sedangkan abah memang tak boleh makan pedas. Tak boleh makan pedas tapi ayat2nya aduhhh..pedas&pedih.
Kita selalu bertemu dgn situasi di mana makanan yg dibeli indah rupa dari rasa. Hari ni sekali lagi aku melalui situasi tersebut. Ini yg dikata makan dengan menderita. Aku bukan nak mencela (dibaca 'kritik', lembut sikit kot), bukanlah nak mencela makanan, tapi nak mencela si pembuatnya. Masakan tidak, apa yg sudah mereka perbuat dengan bahan2 mentah sehingga terhasil makanan yg sebegitu teruk. Bukan sahaja mereka merosakkan bahan2 mentah itu, mereka juga menawarkan janji palsu dengan rupa makanan yg menarik. Justeru mereka merosakkan selera dan mungkin mood orang yg memakan makanan tersebut. Apatah lagi makanan tersebut dibeli, dibayar, bukan percuma. Malahan lebih teruk ada yg keracunan malah meninggal dunia akibat makanan tadi.
Jadi kepada semua yg menghasilkan makanan, buatlah seolah2 anda ingin masuk pertandingan memasak. Jangan buat ikut tekak anda sahaja sebab sesetengah orang, tekaknya bagai tong sampah, semua dia telan. Apatah lagi jika anda penjual makanan, bakal pembeli anda mungkin belum makan seharian, atau mungkin berpuasa, atau mungkin sahaja itulah duit terakhir yg ada padanya. Tidakkah anda berbuat kebajikan dengan menyediakan makanan yg baik kepada mereka?

Meminjam kata2 chef Ammar tv Al Hijrah-masak dari hati, masak dengan iman♡
Selamat menyambut ramadhan al mubarak♡

Sabtu, 7 Mac 2015

Perginya Ulama Pewaris Para Nabi

Permulaan 2015 agak menyedihkan. Kembalinya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat ke rahmatullah memberi isyarat para ulama memang mendapat tempat dalam hati rakyat. Golongan muda memang dahagakan ilmu2 agama, maka ruang&peluang yg ada perlu diisi sebaik mungkin oleh pihak bertanggungjawab. Bila golongan tidak bertanggungjawab mengisi ruang tersebut, di situlah munculnya golongan ekstremis agama (?). Tidak ada istilah Islam sederhana atau ekstremis. Hakikatnya Islam itu sendiri bermaksud selamat,aman. Jadi mana datangnya ekstremis?

Rabu, 7 Januari 2015

Anak oh anak

Kembali menulis sejak cubaan pertama. Seminggu dua ni banyak benda yg nak ditulis, masa saja yg tak banyak. Mulakan dengan keluarga dululah, memandangkan keluarga adalah segalanya, sama ada sedar atau tidak, atau pun setidak2nya bagi aku.

Tahun ni sekolah mula lambat sikit due to banjir. So kerja aku uruskan anak2 full time. Minggu lepas sebaik saja 2014 berlalu, tiba2 terlintas dalam fikiran, berapa kali je tahun lepas aku berpeluang mandikan anak2 pada waktu pagi. Congak secara kasar, cuti 2 hari seminggu x 48 minggu lebih kurang, adalah 96 kali aku mandikan anak2. Campur dengan cuti2 sekolah&cuti2 am, adalah 150x kot tahun lepas aku mandikan anak2 pada waktu pagi. Tak sampai separuh pun dari 365 hari. Selebihnya pengasuh di taska yg mandikan, pakaikan pakaian, beri makan dan keperluan2 lain. Terasa juga betapa aku terlepas waktu2  berharga menyaksikan anak2 membesar. Itu pun nasib baik kerja banyak cuti. Tapi masih lagi rasa cemburu dengan ibu2 sepenuh masa yg dapat tengok dan terlibat sepenuhnya dalam proses anak membesar.

So to fulltime moms, cherish every moment you have with your children. And to moms like me, find&value each and every second we have with ours, greatest gift from Allah, indeed.