Ahad, 8 Mei 2022

 Madrasah Ramadhan 2022/ 1443H, graduatekah kita?

Sebulan Ramadhan, luluskah kita dgn ujian Ramadhan? Tujuan puasa utk mendidik diri menahan lapar dan dahaga, menahan diri dari marah2 dan berkata dusta, mengumpat mengeji orang. Belajar bersimpati dan berempati dgn orang2 susah. Tapi nampak gaya Ramadhan kali ni jadi masa untuk melepaskan dendam tak dapat suasana raya akibat PKP 2 tahun berturut. Balas dendam serbu gerai2 tertentu di bazar ramadhan, sanggup beratur demi memenuhi keinginan nak makan itu dan ini. Malam lepas terawih, bahkan sebelum terawih pulak sambung moreh atau supper, makan dan makan sampai tak nampak pulak kat mana tarbiyah ramadhannya untuk mendidik hawa nafsu. Dekat raya, serbu pula shopping complex dan bazar raya, beli keperluan raya dari hujung rambut ke hujung kaki, dari pintu depan rumah hinggalah ke pintu belakang. Yg keperluan sudah jadi kehendak yg membuak-buak. Belum lagi cerita bab baju raya yg beratus dan beribu sepasang. Jadi di mana tarbiyah ramadhan utk berempati dgn orang susah?

Ada qoute dari seorang hamba Allah ini, tak sempat catat siapa penulisnya - 1 syawal datang tiba2 pun semua orang dah huru-hara, bayangkan kalau kiamat pun datang tiba2. Deep!      

 Syawal mengejut, kita terkejut 2022/ 1443H

Ikut kalendar, syawal 1 dijangka pada selasa 3 mei, rupanya isnin malam (= malam selasa) Penyimpan Mohor Besar Raja2 umumkan esoknya, Isnin 2 mei bersamaam 1 syawal 1443H. Terkejut beruk badak semua adalah. Seingat mama, sepanjang hayat, ada sekali je yg mama ingat, malam umum, esoknya raya tapi rasanya memang orang dah jangka sebab dlm kalendar pun sama. Tapi tahun ni betul2 surprise, kecoh 1 Malaysia. Yg tak siap juadah raya, baju raya, kelengkapan rumah raya tak payah cakap. Yg belum sempat balik raya pun ada. Kenangan sungguh. 

Tapi meriah tetap meriah. Tahun ni tokma tokbah plan nak raya kat Teluk Kalong. Plannya isnin petang gerak dr Limbat, malam raya tu dah kat Teluk Kalong. Rupanya plan lari, raya pertama (Isnin) masih di Limbat. Seronokla mama sebab boleh raya dgn tokma tokbah dan keluarga atok sekali. Ingatkan pagi raya dah tak dapat raya dgn tokma tokbah, syukurlah raya awal sehari hehehe.