Rabu, 3 Jun 2015

Nak bagi makan ke nak membunuh ni?

Salam Nisfu Syaaban...
'Ni nak bagi makan ke, nak membunuh??' antara tagline abahanda tercinta. Abah memang pedas dlm berkata, tapi kata2nya bertempat. Kisahnya bila bonda tercinta tersilap masak pedas sikit, sedangkan abah memang tak boleh makan pedas. Tak boleh makan pedas tapi ayat2nya aduhhh..pedas&pedih.
Kita selalu bertemu dgn situasi di mana makanan yg dibeli indah rupa dari rasa. Hari ni sekali lagi aku melalui situasi tersebut. Ini yg dikata makan dengan menderita. Aku bukan nak mencela (dibaca 'kritik', lembut sikit kot), bukanlah nak mencela makanan, tapi nak mencela si pembuatnya. Masakan tidak, apa yg sudah mereka perbuat dengan bahan2 mentah sehingga terhasil makanan yg sebegitu teruk. Bukan sahaja mereka merosakkan bahan2 mentah itu, mereka juga menawarkan janji palsu dengan rupa makanan yg menarik. Justeru mereka merosakkan selera dan mungkin mood orang yg memakan makanan tersebut. Apatah lagi makanan tersebut dibeli, dibayar, bukan percuma. Malahan lebih teruk ada yg keracunan malah meninggal dunia akibat makanan tadi.
Jadi kepada semua yg menghasilkan makanan, buatlah seolah2 anda ingin masuk pertandingan memasak. Jangan buat ikut tekak anda sahaja sebab sesetengah orang, tekaknya bagai tong sampah, semua dia telan. Apatah lagi jika anda penjual makanan, bakal pembeli anda mungkin belum makan seharian, atau mungkin berpuasa, atau mungkin sahaja itulah duit terakhir yg ada padanya. Tidakkah anda berbuat kebajikan dengan menyediakan makanan yg baik kepada mereka?

Meminjam kata2 chef Ammar tv Al Hijrah-masak dari hati, masak dengan iman♡
Selamat menyambut ramadhan al mubarak♡