Isnin, 31 Disember 2018

Selamat tinggal 2018, selamat datang 2019

Alhamdulillah 2019 datang jua, tanpa perlu ditunggu atau diminta. Begitulah aturan alam, yg sangat taat patuh pada aturan Pencipta Allah azzawajalla.
2018 berlalu dgn penuh warna. Warna kusam yg tidak cantik pada pandangan awal, lama kelamaan nampak cantik juga. Begitu juga dgn dugaan dr Allah, awalnya memang sakit tapi sabarlah menunggu rahmatnya.
Di peringkat negara, pilihanraya kali ini sungguh mendebarkan. Berlakulah peralihan kuasa yg dimonopoli selama lebih 60 tahun. Sungguh mengejutkan, dan rentetan pembongkaran selepas itu lebih mengejutkan. Apa2 pun semuanya tidak mustahil jika Allah menginginkan.
Februari 14, kalau seluruh dunia mengingatinya sebagai hari kekasih valentine's day, rupanya hari itulah pahlawan negara Leftenan Adnan gugur demi mempertahankan tanah air. Itulah rasa cinta hakiki, pertaruhkan nyawa demi cinta terhadap tanah air. Walhal dirinya sendiri gugur, yg menikmati amannya tanah air ini orang lain. Tapi itulah cinta...tanpa syarat. Tahun ini juga tahun kesedihan untuk warga jabatan bomba. Tragedi demi tragedi berlaku. Yang pasti mereka tetap bertahan dan makin teguh.
Februari 14, 2018 juga kekal terpahat dlm ingatan keluarga..musibah yg tidak disangka. Kami sekeluarga bingung seketika, masing2 berbahagi tanggungjawab menguruskan anak2 saudara yg 'kehilangan' ibu bapa ini. Hanya Allah tempat kami mengadu, hasbunallah wa ni'mal wakeel..
Mei 16 hari guru yg paling menyedihkan dlm lipatan hidupku selama menjadi guru. Anak murid yg tiba2 ditimpa sakit, terus kritikal dan meninggal dunia pada hari tersebut. Anak yg baik, dikenang selalu. Semasa hari anugerah cemerlang, namanya disebut menerima anugerah, mengundang sebak semua orang. Tabahla wahai kedua ayah bondanya.
Setiap tahun berlalu dengan pelbagai cerita. Namun 2018 antara tahun yg sangat memberi kesan yg akhirnya membuahkan ketabahan. Apapun ia tetap berlalu dgn memorinya..moga kita terus kuat menghadapi apa jua yg Allah aturkan. Moga ianya terus membenih dan menyuburkan akar keimanan. Bukankah dunia ini ujian?