Ahad, 8 Mei 2022

 Madrasah Ramadhan 2022/ 1443H, graduatekah kita?

Sebulan Ramadhan, luluskah kita dgn ujian Ramadhan? Tujuan puasa utk mendidik diri menahan lapar dan dahaga, menahan diri dari marah2 dan berkata dusta, mengumpat mengeji orang. Belajar bersimpati dan berempati dgn orang2 susah. Tapi nampak gaya Ramadhan kali ni jadi masa untuk melepaskan dendam tak dapat suasana raya akibat PKP 2 tahun berturut. Balas dendam serbu gerai2 tertentu di bazar ramadhan, sanggup beratur demi memenuhi keinginan nak makan itu dan ini. Malam lepas terawih, bahkan sebelum terawih pulak sambung moreh atau supper, makan dan makan sampai tak nampak pulak kat mana tarbiyah ramadhannya untuk mendidik hawa nafsu. Dekat raya, serbu pula shopping complex dan bazar raya, beli keperluan raya dari hujung rambut ke hujung kaki, dari pintu depan rumah hinggalah ke pintu belakang. Yg keperluan sudah jadi kehendak yg membuak-buak. Belum lagi cerita bab baju raya yg beratus dan beribu sepasang. Jadi di mana tarbiyah ramadhan utk berempati dgn orang susah?

Ada qoute dari seorang hamba Allah ini, tak sempat catat siapa penulisnya - 1 syawal datang tiba2 pun semua orang dah huru-hara, bayangkan kalau kiamat pun datang tiba2. Deep!      

 Syawal mengejut, kita terkejut 2022/ 1443H

Ikut kalendar, syawal 1 dijangka pada selasa 3 mei, rupanya isnin malam (= malam selasa) Penyimpan Mohor Besar Raja2 umumkan esoknya, Isnin 2 mei bersamaam 1 syawal 1443H. Terkejut beruk badak semua adalah. Seingat mama, sepanjang hayat, ada sekali je yg mama ingat, malam umum, esoknya raya tapi rasanya memang orang dah jangka sebab dlm kalendar pun sama. Tapi tahun ni betul2 surprise, kecoh 1 Malaysia. Yg tak siap juadah raya, baju raya, kelengkapan rumah raya tak payah cakap. Yg belum sempat balik raya pun ada. Kenangan sungguh. 

Tapi meriah tetap meriah. Tahun ni tokma tokbah plan nak raya kat Teluk Kalong. Plannya isnin petang gerak dr Limbat, malam raya tu dah kat Teluk Kalong. Rupanya plan lari, raya pertama (Isnin) masih di Limbat. Seronokla mama sebab boleh raya dgn tokma tokbah dan keluarga atok sekali. Ingatkan pagi raya dah tak dapat raya dgn tokma tokbah, syukurlah raya awal sehari hehehe.    

Isnin, 31 Januari 2022

Anak oh anak

 SaMiHaMar 4 beradik

Setiap anak ada perangai, keistimewaan, kekurangan dan keunikan sendiri. Masa Kak Long Sarah  seorang, mama ada masa untuk buat catatan perkembangan Sarah dari bulan ke bulan, kemudian bila abg ngah Mifdhal, masa mencatat makin kurang, menjadi dari tahun ke tahun. Kemudian masa abg cik/cit Hadif dan seterusnya Umar, makin jarang catatan mama. Mana yg sempat, mama catat. Moga manis untuk dikenang, panduan untuk direnung.

Abg ngah yg brilliantly funny, mama banyak catat pasal abg ngah dlm buku catatan mama.

Abg cik/cit yg rare, memang rare, lain dr yg lain. Raut wajah pun lain dr adik beradik lain, ada oriental look, mata sikit sepet, kening melentik, tapi kulit gelap. Badan abg cit lembut, boleh lentur. Kebetulan rumah Gambang dekat dgn sek sukan, ada offfer sukan gimnastik pula. Mama terfikir adakah ini takdir hehe. Jadi mama berangan untuk channel kan abg cit ke sek sukan tersebut, mana tahu boleh wakil negara, macam student Maxwell dulu sorang, nama Tan Fu Jie..hurmmm mana agaknya dia sekarang. Tapi angan2 tinggal angan2 sajalah, abah tak berkenan dgn sukan pakaian sukan gimnastik. Jadi mama tukar plan, channnelkan ke seni pertahanan diri Melayu, silat. Lepas bawa pergi tengok kelas silat, abg cit berminat, tapi tak ada kawan pula sebab abg ngah tak berminat. Jadi terkuburlan plan nak dedahkan abg cit kpd seni pertahanan diri, pilihan seterusnya kelas renang pula.

Umar yg meriah..petah, kelakar, spontaneous dll. Pernah satu ketika di rumah atok Hamzah, ada jam grandfather's clock, mama tanya pukul brp, umar jawab dgn confident dan tepat sampai mama abah semua kagum. Rupanya apa, dia dah tengok jam digital kat tanga, patutla boleh jawab dgn tepat. 

Umar dan abag2 dia suka tengok boboi boy, upin&ipin dan lain2 cerita kartun tempatan. Satu masa, dia tanya abg ngah, kalau mama dan abah bergabung jadi apa? Abg ngah yg masa tu tgh kusyuk main game (dan almost sepanjang masa pun memang main game), dgn selamba jawab, 'jadi kita la' yg mana bukan jawapan yg dijangka oleh umar. But it was really a cute answer by abg ngah. 

Umar memang suka donut, dan mama pun belajar buat donut kesukaan anak2. Satu hari, ketika keluar, umar request utk beli donut, mama tanya donut yg mana, dgn selamba Umar cakap donut trump hahaha.

Satu malam kebetulan dia tengok berita, kemudian beria cerita dekat mama, org tu naik basikal, tiba2 dia sakit dan meninggal. Kak long datang dan cerita yg sebenar, rupanya berita pasal kematian bapa The Rokcet Pocket Man, Datuk Azizulhasni Awang. Yg naik basikal anaknya, yg meninggal bapanya. Bila dah digabungkan oleh Umar, begitulah ceritanya.

Banyak lagi cerita spontan yg lucu dari Umar. Nanti mama catat lagi. Sekian dahulu.

17 Feb 2022

Malam sebelum tidur, seperti biasa anak2 akan salam dan peluk mama abah. Sampai turn Umar, mama rasa badan Umar panas. Mama pun cakapla, badan Umar panas ni.. Respon Umar, sebab tu la Umar tak pergi sekolah. Abah pun menyampuk, Umar memang tak pergi sekolah pun 😂

8 Mac 2022 (malam)

Esok tarikh Umar vaksin 1st dos. Mama bagitau esok Umar vaksin kat dewan kot, sejuk. Umar dgn surprisenya bagitau tak boleh vaksin la kalau camtu, nanti beku😂 Alhamdulillah esoknya proses vaksin berjalan dgn lancar.


21 Mac 2022

Akhirnya bermula sesi prasekolah Umar. 1st day (Isnin) je pergi sek ok, 2nd day dah tak pergi sek, kebetulan abg ngah pun kurang sihat dan tak pergi sek. Rabu dan hari seterusnya pagi2 drama air mata. Dah sampai sek, ok je pun. Setiap kali mama ambik, dlm kereta non stop cerita, dlm kelas senyaaaapp je. Hari kedua dapat benda ni, Umar bagitau mama, ni no plate Umar hahaha, ni name tag la Umar, bukan no plate! 



10 September 2022

berakhir cuti sekolah seminggu, rasa bagi sebulan pun tak cukup. Sampai ke kuantan, ekoran batuk umar yg berterusan dan macam nak semput, akhirnya ke klinik jua.

Masuk ke bilik doctor
Doc: kenapa ni
Mama: Batuk2 nak jadi semput doc
Umar: Umar rasa nak batuk
(kebetulan ada org batuk kat luar)
Doc: batuk macam tu ye
Umar: Doc, kalau umar nak solat je rasa sakit perut. 
Doc: Habis takkan doc nak cakap tak payah solat kan 
hahaha  

11 Sept 2022 
Esok dah sekolah, malam ni cerita Baahubali la pulak. Abah dgn anak2 duk melayan Baahubali. Pukul 10 abah suruh anak2 masuk tidur. Abg cit protes, dia patutnya boleh tidur lambat sebab dia sek petang. Umar tak puas hati, dia cakap abg cit pun kena tidur awal, nanti pkl 12 baru abg cit bangun hahaha which is happen sometimes. Akhirnya semua sambung melayan Baahubali balik dlm bilik mama abah pulak. Esok bangun tidur jgn meragam plk ye 

Satu ketika lepas mama masak apa ye, lupa
Umar: Panasnya macam api neraka!
Mama: hahaha tau ke api neraka tu macam mana

Satu ketika tak ada letrik tgh malam, black out. Esoknya baru tau abg ngah jatuh katil dan bahu dia sakit. Dah macam senget sebelah bahu. Bawa ke klinik, doc xray nasib baik tak de retak apa. 2 minggu lepas tu baru abg ngah cerita, rupanya masa black out tu, abg ngah sedar2 je gelap gelita. Abg ngah ingatkan dah kiamat. Langsung terlupa katil double decker, terus turun apa lagi jatuh lah.

Satu hari bulan Oktober 2023, mama ambil abg ngah dr sek, abg ngah cerita, kawan dia yg sama sek ren, buka cerita satu peristiwa yg jadi masa diorang tahun 6. Hampir setahun baru abg ngah cerita. Masa tahun 6, abg ngah pengawas library. Satu hari dia dgn sorang kwn perempuan pernah 'diperangkap' oleh kawan dlm satu bilik belakang dlm library. Ada hamba Allah ni yg tahan pintu ni dr luar, lepas tu duk jerit abg ngah dgn kwn perempuan ni kena tangkap basah dlm bilik tersebut. Yg tahan pintu ni budak lelaki. Dalam cubaan nak melepaskan diri, abg ngah tendang pintu kuat2 dan terkena kepala sorang budak perempuan ni, pengawas library jugak kalau tak silap. Benjol dahi budak perempuan ni. Dah bawa kes kat cikgu, lepas cikgu siasat semua, benda tak sengaja, so kes kira settle tanpa libatkan ibu bapa. Patutla mama abah tak tahu.  Hampir setahun lepas tu, barula sorang kawan buka cerita, rupanya yg mastermind suruh budak lelaki tahan pintu perangkap abg ngah tu, si budak perempuan yg benjol kepala tu la. So agaknya dia panik, dia pun nak cuba buka pintu bagi abg ngah keluar, sekali kebetulan dia nak buka pintu tu abg ngah tengah tendang pintu sekuat hati. Si budak lelaki yg jadi suruhan utk tahan pintu tu, beberapa bulan lepas, tiba2 kena jangkitan kuman kat kaki, siap operate lagi tinggal parut memanjang kat betis. 2 bln jgk kot warded. Tak tahu balasan atau tak, tapi one thing for sure, kafarah is real. Wallahu a'lam.

Khamis, 6 Januari 2022

Selamat tinggal 2021, selamat datang 2022

 Assalamualaikum, dah seminggu 2022 menjengah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di atas muka bumi Allah ni. 2021 seperti biasa berlalu dgn penuh warna, yg pasti Covid-19 belum berakhir, tapi getting better. Tapi ada pulak variant baharu dinamakan Omicron. So teruslah jaga SOP dan hiduplah dlm norma baharu. 

Kita imbau balik 2021 dgn keputusan SPM 2020 dulu, 1st batch/ cohort dlm sejarah SPM ambil exam dlm usia 18 tahun + bulan Mac + zaman pandemik. Banyak cabaran anak2 dan guru hadapi. Akhirnya alhamdulillah result utk subjek Sejarah dan Perniagaan meningkat. Perniagaan siap lonjakan saujana lagi iaitu istilah yg digunakan untuk merujuk peningkatan ketara dlm keputusan peperiksaan. Result di peringkat kebangsaan pun menunjukkan peningkatan. Tapi menjadi kemusykilan orang awam pulak, bagaimana boleh dapat keputusan yg sebegitu rupa, dgn calon straight As pun ramai, sedangkan katanya pembelajaran PdPR tak berkesan, banyak masalah, calon tak bermotivasi dll. Betul jgk, macam tak logik kan. Kemudian timbul dakwaan markah dan gred SPM 2020 diturunkan (downgrade) maka terhasil lah keputusan sedemikian. Maka KPM diseranglah oleh netizen. Sempat juga mama buat catatan untuk jawab persoalan netizen tapi akhirnya simpan sendiri 😆

Ada Apa dgn A?

Bila sebut pasal gred A dalam SPM sekarang, ianya terbahagi kpd 3 iaitu A+, A dan A-. Penggredan ni mula tahun berapa, tak ingat, berbanding sebelum ni gred A, B+, B, C+, C dan seterusnya. Zaman kami dulu guna gred A1, B2, C3 dan seterusnya. Angka2 tersebut kemudian dicampur untuk mendapat jumlah/ agregat sebelum ditentukan mendapat pangkat 1, 2 atau 3. Pada pendapat peribadi saya, penggredan terbaharu ini lebih adil kepada calon cemerlang terutamanya, lebih2 lagi dlm usaha KPM menyuburkan KBAT dlm pembelajaran. Berbanding dulu, semua calon pandai ini dikelompokkan dlm satu gred saja iaitu A, tapi dlm kalangan yg pandai ini, ada yg pandai, ada yg bijaksana dan ada luar biasa bijaksana sini. Jadi dgn gred A+ ini golongan luar biasa ini diberi pengiktirafan sewajarnya. Pada peringkat pendidikan tertiary pula, penggredan ini memudahkan mereka mebuat pemilihan calon. Ada tenaga pengajar IPT yg mempersoalkan reliability keputusan calon2 ni, namun tidak salah kerana tenaga2 pengajar ini lah nanti yg bakal menggilap pelajar2 ini. Jadi pilihlah calon dgn result terbaik yg anda boleh dapat. Cuma pesan saya, terimalah calon pelajar ini seadanya, sebagaimana kami menerima murid ini yg masih kusam, dan sebagaimana cikgu2 tadika dan sekolah rendah yg menerima anak2 ini semasa mereka masih berlumpur. Moga Allah swt memberi ganjaran setimpal atas usaha kita insyaAllah. (Mei 2020)

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Sekolah baharu agak berbeza dari segi fizikalnya, perilaku muridnya, layanan rakan guru (perasaan kot sebab baru pindah kan) berbanding Maxwell. Alhamdulillah yg penting dapat bersatu kembali dgn abah dan anak2. Tapi gaduh tetap gaduh, rahsia bahagia hahaha. 

Bulan Mac kak long kemaruk nak bela kucing, so bermulalah episod kucing2 menjadi sebahagian keluarga kita - Tabby dan anak2nya Tiger, Niko, Cico, Kiko + Nini dan anak2nya Tina (mati awal), Nina, Koko, Tebby dan Grey. Bln 9 tambah seekor lagi dr kg dinamakan Oreo@Yo. Cerita kucing nanti mama buat post khas. Balik dr kg pulak, kami sekeluarga akhirnya dijangkiti Covid-19..penat kalau cerita proses sepanjang kena covid ni😅

Bulan 12 macam biasa bermula musim hujan dan tengkujuh. Nasib baik abah pandai pilih rumah, insyaAllah dan alhamdulillah, terhindar banjir. 21 Dis pulak abg cit selamat berkhitan sekali dgn Aqil. alhamdulillah dah sembuh, Abg cit dah besar ye, kena solat! Kak long pulak dah menjadi gadis sunti, datang period 3 Jan 2021. Alhamdulillah mama ada utk bimbing klong melalui pengalaman pertama menjadi gadis. Moga anak2 semua dan keluarga kita dilindungi Allah sentiasa aamiiin Allahumma aaminn.💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Dramatic ending of school session in 2020

 Pkpb kali ke2, mulai 14 Okt 2020, awalnya melibatkan KL, Selangor Dan Putrajaya sahaja Dan beberapa tempat di negeri lain.  1stly 2 minggu tempoh pkpb, kemudian lanjut lagi selama 2 minggu. Kali ni kes bukan setakat dua atau tiga angka, malah menjangkau sehingga empat angka! Yang paling banyak melibatkan tahanan Di penjara Kedah Dan Sabah. Lepas Tu Menteri Kanan Keselamatan, Dato' Sri Ismail Sabri umumkan tempoh pkpb 28 hari terus, melibatkan semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan Dan Pahang. Kami yg cikgu2 ni tertunggu2 arahan dr pentadbir dan KPM khususnya, tentang perubahan Dan penyesuaian yg perlu dilakukan kpd takwim sekolah. To our surprise, kali ni KPM buat keputusan berani dan nekad, dah takde tutup2 sek ikut pkpb, sekali home based learning terus mulai 9/11 (teringat peristiwa 911 new York trade centre pada 2001) saaaaaaaaampaila cuti sek 18/12/2020. Lepas tu cuti sek sampai 19/1/2021. Bye2 wahai anak2 murid sekalian, jumpa tahun depan insyaAllah 😆

Selasa, 19 Januari 2021

Bujang semula (tapi ber-anak 1)

 19 January 2021, kembali semula ke Gombak kerana arahan pindah ke Kuantan hanya berkuatkuasa pd 5 April nanti. Maka berkelanalah semula aku ke Selangor utk menjalankan amanah. Rumah lama dah letgo, kali ni menumpang sewa bilik rumah kawan yg mengajar kat Maxwell jgk (Shiha Abd Rahim). Alhmdulillah baik orgnya. Dia pun pjj jgk dgn suami& anak di Kedah. Kat sini dgn anak sorang lagi. Aku pun sama, bawa Umar sorang, tiga beradik lagi tinggal di Kuantan dgn lindungan Allah & jagaan abahnya. Umar kejap je mesra dgn Hadif (anak kwn ni nama sama plk dgn abg cit). Punyala ngam sampai mlm tu pun Hadif nk tidur dgn kami 2 beranak. Jenuh ibunya panggil tidur sekali. Akhir sekali Umar bgtau Hadif nangis tsk dapat tidur dgn kami hahaha..hmm anak o anak, macam2. 

Perasaan bujang beranak 1 ni tak sama perasaannya dgn masa bujang yg dulu. Walaupun badan di KL, hati dan jiwa teringgal bersama suami dan anak2 di Gambang. Maka bermula lah rutin mama dan Umar berulang-alik KL-Gambang-KL. Hari Jumaat memang ditunggu2, dah bersedia sebelum tu dgn kebenaran untuk merentas negeri dari pihak polis (Balai Polis Gombak Setia). Usai sekolah, balik rumah ambik yg perlu dan terus memecut ke arah tol Gombak. Masa tu ada sekatan jalan raya lah (SJR),  kalau bergerak awal, waktu solat Jumaat, tak panjang sangatlah beraturnya. Tapi kalau lambat sikit, sabar ajalah. Lepas tu sampai saja di Gambang, kalau lewat, beratur lagi sebelum boleh u-turn untuk sampai ke rumah. Asbab pembinaan jambatan yg tak siap2 lagi sejak mama dan abah PJJ tahun 2019 hinggalah sekarang. Penat dan mengantuk tapi alhamdulillah, dah kat jalan Gambang hati dah lega. Umarlah peneman mama yg setia. Hari Ahad pulak dah start murung, kena bergerak balik semula ke KL. Ikutkan hati nak je bertolak lambat,tapi kalau lambat, alamatnya kena solat maghrib tepi hiway lah, kenderaan dan bersusun nak masuk tol Gombak. 

Alhamdulillah tak lama, bulan Mac dah start SPM. Mama dah berpindah sepenuhnya ke Pahang. Barang2 pun dah clear dari rumah  Shiha. Mama cuma perlu ke sekolah ikut jadual bertugas mengawas calon SPM untuk mata pelajaran yg kita ajar saja. Suatu hari mama bertugas untuk kertas mama, Perniagaan. Ingat lagi, hari Rabu. Mama dah malas nak tumpang rumah kawan atau sewa hotel. So mama nekad, bertolak pkl 4 dari rumah Gambang, sampai dlm 6.30 lebih di Maxwell, bertugas hingga habis paper pkl 4.30 petang kemudian terus bergerak balik ke Gambang. Penat dan lega bercampur. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mama, buat kerja gila sekali sekala. 

Usai SPM maka berakhirlah tugasan dan memori mama di KL. Sayonara KL yg mewarnai hidup mama. Sayu, gembira, sedih bercampur baur nak tinggalkan KL. Semoga Allah sentiasa melindungi KL dan Selangor serta warganya, Maxwell dan warganya dan Taman Seri Gombak dan penduduknya yg menjadikan hidup mama bererti. Di sini mama menjadi isteri, ibu dan wanita bekerjaya. So long KL, till we meet again.

Sabtu, 13 Jun 2020

Wawasan 2020, jgn was-was

Sewaktu bersekolah rendah, aku mulamendengar tentang wawasan 2020. Aku  mengira usiaku mencecah 43 tahun pada waktu itu. Aku membayangkan rupa tahun 2020, namun kebanyakkannya berdasarkan imaginasi orang lain hehe..menerusi pembacaanku.
Akhirnya tahun 2020 tiba jua, separuh agaknya wawasan tercapai, selebihnya 2020 penuh dgn kejutan.

POLITIK
Awal tahun lagi politik negara dah bergolak. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yg menumbangkan gergasi BN mula menunjukkan tanda2 retak. Aku tak nak ulas lanjut pasal politik ni sebab aku pun kurang arif tentangnya. Sampai satu peringkat, aku pun tak tahu nak percaya kat siapa. 

EKONOMI
Bahagian ni paling sedih rasanya. Penghujung 2019 dah terdengar pasal satu virus baru yg bermula Di wilayah Wuhan di China. Rasanya masa tu semua orang pun tak ambil endah sangat pasal virus ni. Rupanya diluar jangkaan ramai orang ( kecuali bijak pandai yg terlibat secara langsung dalam bidang ni), virus ni menjadi pandemik dan melumpuhkan seluruh dunia. Bermula dgn sekatan masuk pelancong asing, industri pelancongan (dan tentunya penerbangan) lumpuh dan seterusnya hampir seluruh sektor ekonomi (kecuali essential services) ekoran pengenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yg ini saya akan ulas dlm tajuk khas. Ironinya, tahun 2020 ialah Tahun Melawat Malaysia 😅

SOSIAL
Awal tahun 2020, sesi persekolahan bermula dan yg merisaukan cikgu2 pada awalnya ialah penularan virus influenza.