Khamis, 6 Januari 2022

Selamat tinggal 2021, selamat datang 2022

 Assalamualaikum, dah seminggu 2022 menjengah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di atas muka bumi Allah ni. 2021 seperti biasa berlalu dgn penuh warna, yg pasti Covid-19 belum berakhir, tapi getting better. Tapi ada pulak variant baharu dinamakan Omicron. So teruslah jaga SOP dan hiduplah dlm norma baharu. 

Kita imbau balik 2021 dgn keputusan SPM 2020 dulu, 1st batch/ cohort dlm sejarah SPM ambil exam dlm usia 18 tahun + bulan Mac + zaman pandemik. Banyak cabaran anak2 dan guru hadapi. Akhirnya alhamdulillah result utk subjek Sejarah dan Perniagaan meningkat. Perniagaan siap lonjakan saujana lagi iaitu istilah yg digunakan untuk merujuk peningkatan ketara dlm keputusan peperiksaan. Result di peringkat kebangsaan pun menunjukkan peningkatan. Tapi menjadi kemusykilan orang awam pulak, bagaimana boleh dapat keputusan yg sebegitu rupa, dgn calon straight As pun ramai, sedangkan katanya pembelajaran PdPR tak berkesan, banyak masalah, calon tak bermotivasi dll. Betul jgk, macam tak logik kan. Kemudian timbul dakwaan markah dan gred SPM 2020 diturunkan (downgrade) maka terhasil lah keputusan sedemikian. Maka KPM diseranglah oleh netizen. Sempat juga mama buat catatan untuk jawab persoalan netizen tapi akhirnya simpan sendiri πŸ˜†

Ada Apa dgn A?

Bila sebut pasal gred A dalam SPM sekarang, ianya terbahagi kpd 3 iaitu A+, A dan A-. Penggredan ni mula tahun berapa, tak ingat, berbanding sebelum ni gred A, B+, B, C+, C dan seterusnya. Zaman kami dulu guna gred A1, B2, C3 dan seterusnya. Angka2 tersebut kemudian dicampur untuk mendapat jumlah/ agregat sebelum ditentukan mendapat pangkat 1, 2 atau 3. Pada pendapat peribadi saya, penggredan terbaharu ini lebih adil kepada calon cemerlang terutamanya, lebih2 lagi dlm usaha KPM menyuburkan KBAT dlm pembelajaran. Berbanding dulu, semua calon pandai ini dikelompokkan dlm satu gred saja iaitu A, tapi dlm kalangan yg pandai ini, ada yg pandai, ada yg bijaksana dan ada luar biasa bijaksana sini. Jadi dgn gred A+ ini golongan luar biasa ini diberi pengiktirafan sewajarnya. Pada peringkat pendidikan tertiary pula, penggredan ini memudahkan mereka mebuat pemilihan calon. Ada tenaga pengajar IPT yg mempersoalkan reliability keputusan calon2 ni, namun tidak salah kerana tenaga2 pengajar ini lah nanti yg bakal menggilap pelajar2 ini. Jadi pilihlah calon dgn result terbaik yg anda boleh dapat. Cuma pesan saya, terimalah calon pelajar ini seadanya, sebagaimana kami menerima murid ini yg masih kusam, dan sebagaimana cikgu2 tadika dan sekolah rendah yg menerima anak2 ini semasa mereka masih berlumpur. Moga Allah swt memberi ganjaran setimpal atas usaha kita insyaAllah. (Mei 2020)

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Sekolah baharu agak berbeza dari segi fizikalnya, perilaku muridnya, layanan rakan guru (perasaan kot sebab baru pindah kan) berbanding Maxwell. Alhamdulillah yg penting dapat bersatu kembali dgn abah dan anak2. Tapi gaduh tetap gaduh, rahsia bahagia hahaha. 

Bulan Mac kak long kemaruk nak bela kucing, so bermulalah episod kucing2 menjadi sebahagian keluarga kita - Tabby dan anak2nya Tiger, Niko, Cico, Kiko + Nini dan anak2nya Tina (mati awal), Nina, Koko, Tebby dan Grey. Bln 9 tambah seekor lagi dr kg dinamakan Oreo@Yo. Cerita kucing nanti mama buat post khas. Balik dr kg pulak, kami sekeluarga akhirnya dijangkiti Covid-19..penat kalau cerita proses sepanjang kena covid niπŸ˜…

Bulan 12 macam biasa bermula musim hujan dan tengkujuh. Nasib baik abah pandai pilih rumah, insyaAllah dan alhamdulillah, terhindar banjir. 21 Dis pulak abg cit selamat berkhitan sekali dgn Aqil. alhamdulillah dah sembuh, Abg cit dah besar ye, kena solat! Kak long pulak dah menjadi gadis sunti, datang period 3 Jan 2021. Alhamdulillah mama ada utk bimbing klong melalui pengalaman pertama menjadi gadis. Moga anak2 semua dan keluarga kita dilindungi Allah sentiasa aamiiin Allahumma aaminn.πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Tiada ulasan:

Catat Ulasan