Selasa, 16 Mei 2017

Ikhlas seorang guru

Salam hari guru 2017 semua❤
Aduhaiii penatnya rasa walau pun hari ni hari untuk guru...tapi hari2 pun penat sebenarnya.
Hampir 10 tahun di sekolah baru ni, rasa penat mengajar di kelas2 belakang. Kadang kala rasa penat tu membuatkan kita rasa fed up, dan demotivated. Masa nilah mula google, mencari-cari peluang lain untuk mencari rezeki.
Penat apa ye? Penat nak paksa anak2 ni belajar sebenarnya, sedangkan mereka tak suka belajar, atau tak suka dipaksa belajar, atau tak sedia pun untuk belajar.
Sehinggalah satu ketika, aku terbaca satu post dalam Facebook, tentang kata2 seorang tokoh ulamak dari Indonesia (yg aku lupa namanya). Antara intipati pesanannya ialah, janganlah memaksa seseorang untuk belajar, kerana dikhuatiri bila mereka enggan, akan menimbulkan marah dan seterusnya menghilangkan ikhlas dalam mengajar.
Jadi bertitiktolak dari situ, aku seperti mendapat semangat baru untuk mengajar. Maka mengajarlah aku tanpa mempedulikan berapa ramai yg mendapat manfaat dari ajaranku. Yg mahu belajar, silakan. Yg enggan, teruslah anda dalam kejahilan...aku tidak akan memaksa kerana ingin menjaga 'keikhlasanku'. Perkara ini berterusan untuk beberapa ketika, sehinggalah satu taklimat diadakan di sekolah. Dalam taklimat itu, otak dan perasaanku bagai dijentik bila satu komen oleh pemantau yg datang memantau sekolah, cikgu tidak cukup berusaha untuk menarik minat anak2 untuk belajar. Pangg bagai satu tamparan, ketidakendahan aku terhadap murid yg tak nak belajar selama ini demi menjaga ikhlas kononnya, sedangkan aku ambil mudah untuk tidak menunaikan hak anak2 ini. Aku biarkan saja mereka yg tak mahu belajar. Aku tak cuba pun dengan sesungguh hati untuk menarik minat mereka. Aku ambil jalan mudah atas nama 'ikhlas'. Usai taklimat, aku bagaikan dikejutkan dari lena, syok sendiri. Rupanya selama ni aku telah salahtafsir pesanan tokoh ulamak tadi. Ikhlas datang sekali dengan usaha.

Selamat hari guru semua, semoga terus istiqamah mendidik anak sendiri dan anak bangsa.